Tetiba aku terjumpa mutiara kata dibawah ni masa tengah ber FB.. Terlintas di hati aku untuk menyatakan pendapat aku sniri..

Di masa remaja aku, memang aku setuju 100% dengan kata2 ni.. Sebab dalam hati aku penuh dengan kebencian masa silam sebab slalu dipandang rendah oleh orang sekeliling. Aku tidakla bijak dan sehebat mereka2 di luar sana. Blaja sampai tahap diploma saja.. Sering disuruh2 ibarat kata seperti dipergunakan.. Kadang2 rasa seperti di perlekehkan.. Arwah ummi aku seorang mualaf. Selalu orang kata dia memacam. Tapi dalam hati dia tak pernah ada benci. Aku kadang2 marah ummi sebab dia boleh lagi tolong orang yang kadang2 cakap blakang dia.. orang yg selalu mengata dia tak pandai jaga anak2. tak pandai didik anak. Tak pandai jaga abah. Masak tak sedap la.. Tapi arwah ummi tak penah kesah.. Malah orang yang selalu mengata dia dari belakang tu la yang pernah datang jumpa ummi mintak resepi kari la.. nasi briani la.. tomato la.. laksa la.. wat fish cake la..cemacam lah.. Dia tak kedekut pun dengan orang tu.. Aku la yang paling hot skali. Mungkin sebab aku pompuan sulung dalam family. Aku dengar sniri dengan tlinga aku dia dok mengumpat ummi aku. Balik umah ofcos aku crita kat ummi. Tapi dia rilek ja.. Huhuuhuu... umpama masuk tlinga kanan kluar tlinga kiri. Betapa murninya hati mu wahai ummi ku..
Tapi itu masa remaja aku.. Sekarang aku da boleh berfikir sikit la.. Mutiara kata tu sebenarnya tak boleh di ambil pakai.. Sebab klu pakai dalam hati kita akan penuh dengan kebencian. Selalu akan pertegakkan kehendak hati kita. Tak salah kalu kita tolong or bantu orang lain. Lelama pasti akan dikenang kebaikan kita.. Bila arwah ummi da tak dak.. Baru orang lain nampak hasil apa yang di tinggalkan ummi.. Alhamdulillah.. Kami 10 bradik suma bradik.. Semua sambung blajar..takdak yang berenti sampai SPM sahaja.. Bila di pikir balik mmg terharu. Aku ngat lagi ada orang panggil aku ni bodoh. Cubit aku.. masa tu aku tak pandai melawan. Redo ja.. sebab pangkat dia lagi tua dari aku.. Tapi sekarang jmp aku ja siap cium pipi pelok bagai.. Allah maha adil.. Dia akan buktikan kepada sesiapa sahaja yang menganiaya & teraniaya.. Balasan Allah itu PASTI.. So no need to worry for the pic statement above. Take note ya!
Alhamdulillah.. Aku da bekeluarga. Da ada sepasang cahaya mata buat masa ni.. Punya suami yang sentiasa suruh aku sabar. Suami yang membimbing aku supaya tak kedekut dengan semua orang terutam family seniri. Yang selalu pesan yang da lepas itu bukan rezeki aku.. Tapi jiwa aku tak la sekental mana. Kadang2 aku perang mulut jugak dengan suami aku. Dia banyaknya rilek jer dia dengar. Jawapannya.. Baek sayang.. Baek ibu.. huhuhuuu.. sabar jelah..
Apa yang pasti sekarang ni.. bila da jadi ibu.. baru aku mengerti kenapa umi tak penah suruh kami benci or buruk2kan orang yang penah tak suka kami dulu. Aku kena terapkan yang tu untuk anak2 aku.. Ya Allah.. Berilah aku kekuatan.. Jauhilah aku dari kebencian..
HATI
Ya.. Hati adalah satu organ pertama yang harus di jaga. Kerana hati manusia mati jiwa, akal, akhlak dan segalanya.. Jika hitam hati kita maka rosaklah segalanya.. Akidah pun akan terpesong. Kena bijak mengani hati ni. Syaitan dan iblis bila da kuasai hati kita..musnahlah diri. Istilah makan hati kalu hati selalu penuh dengan benci. MasyaAllah.. betapa bila dewasa kini aku menyedari betapa pentingnya menjaga hati.. Ada setengah orang kata klu pandai jaga hati.. akan sentiasa awet mudalah orang itu.
Cer hayati lirik lagu Hijjaz ni.. Dan rasailah kebenarannya..
Lirik Pandangan Mata - Hijjaz
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
Lirik Pandangan Mata - Hijjaz @ Lirikami
Renung-renungkan dan Selamat Beramal..
Aku dalam proses membentuk hati aku kembali ke jalan yang baik. Terlalu banyak dosa aku ni. Hati aku ni pun rasanya hitam sangat. Dalam proses membersihkan hati.. Doakan la aku berjaya.. Amin..
Klu ada yang tak setuju.. Terpulanglah.. Hak memasing untuk menilai yang mana terbaik untuk diri sendiri...
Wasallam..
Cytie.
No comments:
Post a Comment